Isnin, 21 Oktober 2013

Bersedekahlah!!

Assalamualaikum semua.. Bila kita bersedekah, lebih² lagi pada mereka yang susah pasti kita dapat mengembirakan orang itu betul tak.. Bila dapat mengembirakan orang, kita pun rasa seronok betul tak? Jom kita tengok manfaat bersedekah :-


Bersedekah bukan pada orang yang susah sahaja tau!! Kita boleh sedekah bila kita melawat orang tua, mak saudara, bapa saudara, anak buah or sesiapa yang dekat dengan kita.. "Memberi Lebih Baik Dari Menerima" ataupun "Sharing is Caring"..

Ada suatu hari tu aku rasa macam semut sentap bila baca pesanan SMS dari Mak Ngah aku.. Sangat bermakna!! Mak Ngah aku ni rajin shoot anak² buahnya.. Selalunya memang tepat dekat muka.. Haha.. Tapi aku tak marah pun, malah bersyukur lagi sebab dapat mak saudara yang rajin mengigatkan anak² buahnya supaya ada  bekalan yang dibawa menuju ke akhirat kelak.

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.

Sangat sentap bila baca pesanan Mak Ngah aku ni.. Love u Mak Ngah, semoga Allah merahmati Mak Ngah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan